aNgRiAniWoLd DoT CoM

simple life with a crazy thoughts…

Archive for August, 2007

Aug
21

Semester Break

Posted by aNgRiAni

Bermula pada 20 – 26 Ogos ni (minggu ni ler) semerte break untuk Kolej Komuniti. So, dalam cuti-cuti ni boleh lah siapkan kerja-kerja ofis yang tertangguh. Di samping itu, i terlibat dengan program untuk pelajar darjah enam, berkaitan dengan aktiviti motivasi. Seronok bila berkomunikasi dengan murid-murid ni. idea yang diutarakan walaupun pada pandangan orang dewasa tidak logik, namun nilai kreatif itu ada. Tapi, apa yang i perasan semasa menjalankan aktiviti ni kebanyakan murid-murid ini kurang untuk meluahkan pendapat dan pandangan apabila ditanya. mungkin sebelum ini, mereka tidak didedahkan dengan aktiviti seperti ini ataupun malu-malu kucing….anyway, itu perkara kecil lah…apa yang best respon yang i terima setiap kali habis sesuati aktiviti itu, bila buat refleksi kecil respon utama yang keluar dari mulut mereka ialah ” saya berasa sungguh gembira dan seronok”. Secara tidak langsung, respon yang i perolehi daripada murid-murid ini menambahkan lagi azam dan semnagat i untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman i dalam bidang ini…Dream it….Do it!!!
Aug
18

Sukaneka Kelab Staf KKTaw

Posted by aNgRiAni

Sukaneka ni diadakan sempena Program Pembangunan Staf KKTaw di Sahabat Beach Resort, Lahad Datu pada Ogos 2006. So, semua staf bawak family masing-masing. Afiqah punya main seronok lah coz jumpa ramai kawan. Dapat dilihat bahawa melalui program seperti ini silaturahim di antara staf dapat dieratkan lagi. semua ceria dan gembira. Lucu, suka dan gelak ketawa semua menjadi satu…i pun ikut main sekali, tapi time bagi sorakan untuk kumpulan sendiri, sikit punya bersemangat. Zulhasnan lak sibuk melayan kerenah Afiqah yang nak main pasir…so gilir-gilir lah dengan zulhasnan jaga afiqah.
Malam tu pula ada pertandingan karaoke antara kumpulan. Setiap kumpulan kena hantar 2 orang wakil. I dengan seorang staf wakil kumpulan nyanyi lagu duet ‘tenda biru’. Mujur tak jadi haru-biru. Gemuruhnya perasaan i masa tu, Allah saja yang tau. Zulhasnan pun wakil kumpulan gak, tapi dia solo performance…macam tak caya jer dia nak nyanyi kat atas pentas tu. Lagu yang dia pilih mestilah lagu ‘rock kapak’ yang dia minat tu. Member ofis tanya i ‘Hubby u memang pandai nyanyi ye?’ I angguk jer. Finally, kumpulan i menang pertandingan karaoke ni…hoorey!!!!
Aug
18

Flash Back…

Posted by aNgRiAni

Dah lama rasanya tak gi melancong…dalam negeri. Sejak dah kahwin ni, masa banyak dihabiskan dengan suami, anak and karier. Sibuk kat ofis tu kadang-kadang terlupa untuk manjakan diri sendiri. So, biler ada masa yang terluang walaupun sekejap, i suka melihat kembali gambar-gambar lama yang ada dalam album tu. Antara banyak-banyak gambar tu, i suka tengok masa i dan suami jalan-jalan kan Semporna, Sabah. Ada kenangan manis yang tak dapat i lupakan time kat semporna tu. Lucu pun ada. Salah satunya ialah, orang kat semporna (bukan semua lah…) dayung sampan menggunakan kaki. At first i tengok tu terkejut, i tengok suami, suami pun tengok i. Lepas tu, i and suami tersenyum. Mungkin perkara ni normal di sana. Kemudian, time berjalan-jalan dengan anak (suami pun ada gak) kat Tg. Aru, Kota Kinabalu. Afiqah minum air kelapa dengan mak usu…
Aug
16

Lawatan ke ITE Singapore

Posted by aNgRiAni

Last March, rombongan pegawai kaunseling Kolej Komuniti, KPTM (termasuk saya ler) telah mengadakan lawatan kerja ke Institute of Technical Education di Singapore. Rombongan saya gi kat Clementi Campus. Lawatan tu banyak memberi pengetahuan dan pengalaman untuk diri saya. Peranan ITE ni some sort peranan Kolej Komuniti.
Selepas lawatan ni, saya and rombongan dibawa ke Chinatown. Berada kat Chinatown ni macam berada kat Hong Kong. Barang cenderahati banyak dijual di sini. Adalah gak yang saya beli untuk kenangan diri sendiri and kawan-kawan kat ofis. Balik dalam jam 6 petang, sampai bilik kat hotel terus tidur….
Aug
16

“TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI”

Posted by aNgRiAni

1. selalu berfikiran positif,dan logik.
2. selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
3. selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang respon .
4. membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh memotivasikan diri.
5. sentiasa memaafkan orang lain.
6. selalu berdoa.
7. elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
8. selalu bersenam.
9. elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
10.mempunyai rehat yang cukup.

Aug
13

Kelas PD hari ni

Posted by aNgRiAni

Every semester i punya jadual untuk modul ni mesti tak best. anyway, tak best pun kena laksanakan P & P kan. This morning, my husband and i kelam kabut sikit. sebabnya, i ada kelas jam 8 pagi. dah lah minggu lepas i ada kursus selama 4 hari kat kota kinabalu, so banyak benda yang i nak cover minggu ni. tup tup kelas jam 8, so i kena buat prepare awal sikit kat ofis. nak dijadikan cerita, i dah kunci grill rumah, and masuk kereta. i tengok husband i, apasal tak jalan lagi ni. dengan selamba dia bgtau i, beg baju fifi tertinggal dalam rumah. geramnya…tapi i gi ambil gak beg baju fifi. lepas tu i diam jer sampai ofis. ambil fail and terus masuk kelas. my students dah menunggu….
Aug
13

angriani world

Posted by aNgRiAni

Just wanna share some ideas and views..