aNgRiAniWoLd DoT CoM

simple life with a crazy thoughts…

Archive for September, 2007

Sep
24

Al-Fatihah…Nurin Jazlin Jazimin

Posted by aNgRiAni

17 September yang lalu, negara kita dikejutkan dengan berita mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama. Setelah ujian forensik dilakukan, ternyata mayat kanak-kanak tersebut ialah adik Nurin Jazlin Jazimin yang telah hilang sejak 20 Ogos yang lalu. Hiba dan pilunya hati ibu bapa arwah Nurin hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Berat mata memandang, berat lagi bahu yaang memikul. Kisah ini begitu menyentuh hati kerana sebagai seorang ibu yang juga mempunyai seorang anak perempuan, secara tidak langsung mengingatkan diri saya supaya sentiasa berhati-hati. Masih bolehkah kita klasifikasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman damai ? Tepuk dada tanyalah Iman….

Di kala negara kita masih dalam suasana meraihkan 50 tahun kemerdekaan, terdetik di hati saya…mengapa keadaan ini berlaku ? Adakah sebilangan kecil rakyat negara ini sudah hilang nilai-nilai insaniah dalam diri ? Penderitaan dan kesengsaraan arwah Nurin sebelum pergi amat menyedihkan. Semoga semoga rohnya aman dan tenang di sisi allah….Al-Fatihah…

Sep
21

Afiqah Oh Afiqah…

Posted by aNgRiAni

Afiqah (anak i ler…) kalau dengar lagu “Burung Kakak Tua”, nyanyi tak henti. Kira lagu faveret dia lah. Bila masuk kereta jer, mesti dia suruh pasang cd lagu ni. So, my hubby & i pun akan sama-sama nyanyi lagu ni dengan dia. Punya lah dia suka. Siap tepuk-tepuk tangan lagi.

Bila tengok keceriaan Afiqah menyanyikan lagu Burung Kakak Tua, i terfikir…seronoknya jadi kanak-kanak kan…takde benda yang perlu difikirkan, takde masalah yang mengusutkan fikiran dan banyak lagi…Bila balikdari ofis, tengok jer Afiqah, hati i terus jadi sejuk. Hilang semua masalah…

The sweetest joy, the wildest woe is love.

Sep
18

My Friends & I

Posted by aNgRiAni

Semenjak dah kerja ni, i dah jarang jumpa dengan kawan-kawan time study dulu. Kalau jumpa pun time ada kursus atau meeting. Kebanyakan coursemates i posting kat sekolah. Cuma ada beberapa orang jer yang posting kat kolej, termasuk lah diri i sendiri. Kadang-kadang rindu gak kat diorang tapi life must go on…Time study memang menyimpan seribu kenangan especially kenangan i bersama my bestfren, Za. Walaupun satu department tapi kolej yang berlainan. Like i said, jumpa time meeting and kursus, itupun kalau kebetulan pergi sama. Biler dah jumpa banyak lah benda yang nak disembang…Yelah…nak jumpa kan susah, kalah orang bercinta. So bila dapat peluang, lepas rindu le jawabnya. Millah pun kalau jumpa Za & i, sembang tak henti. Tapi tugas dan tanggungjawab tetap dilaksanakan. Gambar time Za, Millah & i kat satu bengkel anjuran Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional yang diadakan di A’Famosa Resort, Melaka. At least, terubat gak rindu kat kawan-kawan lama… Memories of today, brings legends for tomorrow…
Sep
14

Ramadhan Al Mubarak

Posted by aNgRiAni

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Sep
10

Out-Station Lagi ???

Posted by aNgRiAni

Minggu lepas pada 3 – 6 September, i ada bengkel permurnian panduan pelaksanaan Kelab Rukun Negara kat A’Famosa Resort, Melaka. This time Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional jemput ramai pegawai untuk memeriahkan lagi bengkel ni. Sambil berbengkel, dapat gak jalan-jalan kat Cowboy Town kat resort ni.