25
Antara Aku, Bapa dan Diari
Bila aku balik dari kelas tambahan hari tu, aku terus masuk bilik dan aku perasan yang rak buku aku tu macam terusik. Tapi aku buat bodoh jer bila aku tengok diari aku masih terletak elok jer di tempatnya. So aku pun buat rutin aku macam biasa. Sedang asyik aku buat ulangkaji STPM malam tu, pintu bilik ku diketuk. Aku tengok jam, dah hampir jam 1.00 pagi. Buka pintu, aku tengok bapa dah tersenyum kambing.
“Boleh masuk ?” Aik…sejak bila lak nak masuk bilik aku kena minta izin ni. Sebelum ni kalau nak masuk, main redah jer. Aku senyum dan menganguk. Bapa pun terus duduk kat birai katil sambil senyum-senyum. “Apasal ni senyum-senyum ?”. Konpius aku dibuatnya. Bapa pun buka cerita tentang dia terjumpa diari aku time dia masuk bilik aku tengah hari tadi. Asalnya nak pinjam novel, tapi bila tertengok diari tu, macam ada satu tarikan. Dia pun ‘terbaca’ diari tu dari halaman pertama hingga terakhir. Mata aku dah bulat tengok bapa….dia baca diari aku ??? Alamak!!! Rahsia aku dah pecah!!!
“Kenapa bapa baca diari saya tu ?” Aku nak nangis dah…tapi control. Aku tengok muka bapa dah serius. Kenapa ? Marah ke dia ? Terkejut ke dia ? Aku pun tak tau nak cakap apa dah. Agaknya dia sedar yang aku ni sebenarnya dah dewasa…bukan lagi anak gadis dia yang kebudak-budakan. Kalau sebelum ini aku selalu berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan lain-lain dengan bapa. Tapi sejak kebelakangan ini (time tu ler…) aku dah macam pandai berahsia especially bab-bab yang sensitif. “Bapa minta maaf ye sebab baca diari mia. Tapi mia jangan risau lah, your secret saved with me. Lain kali, kalau ada apa-apa yang mengganggu mia, kita kongsi sama-sama. Jangan lupa, mia tetap anak gadis bapa yang nakal. Mia tetap menjadi kebanggaan bapa.” Merembes air mata aku bila dengar arwah bapa aku cakap macam tu. Aku terus peluk bapa dan ucap terima kasih kerana kasih sayang dan kepercayaannya pada aku.
Bila aku ingat balik kenangan tu, aku menangis. Perasaan aku masa tu sedih ada, suka pun ada. Namun sejak arwah bapa pergi 4 tahun yang lalu, aku berasa kehilangan yang amat mendalam. Arwah bapa adalah sahabat sejati aku sampai bila-bila pun….

