28
Cuti Semester ‘Hangusssssss’
Sepanjang Afiqah tinggal dengan mak, rumah aku kat tawau ni sunyi sepi, macam dah diserang burung garuda. Mujur ada adik aku yang belajar kat kolej, ada gak peneman in case hubby gi out-station. Dapur pun dah lama tak berasap. Adik aku jer yang rajin masak…untuk dia ler. Biasanya after ofis hour, aku and hubby gi makan. Kalau dah makan, biasanya malam aku dah tak makan dah. Just temankan hubby jer kalau dia nak makan lagi. Tengok badan kecik, tapi selera makan boleh tahan gak.
Kalau time ari bekerja tu, aku takdelah bosan sangat. Time weekend jer aku tak tau nak buat apa. Bila rajin, buka blog. Update blog, post artikel. Kadang-kadang tu jalan-jalan kat bandar. Tak tau pun nak beli apa just nak hilangkan bosan. Kalau ada Afiqah, sure cuti-cuti aku tu diisi dengan aktiviti dia yang pelbagai tu. So, aku pun plan nak buat video guna windows movie maker kat laptop aku. Sebagai permulaan, aku buat movie dengan menggunakan koleksi gambar afiqah. Ada juga aku selitkan gambar-gambar aku bersama hubby dan afiqah. Lama gak aku buat…budak baru belajar lah katakan. Akhirnya aku berjaya ‘produced’ movie aku yang pertama. Tapi takde lah macam hasil kerja pro. Biasa jer tapi aku bangga dapat belajar melakukan sesuatu yang baru. Senarai hobi aku dah bertambah dengan minat aku nak buat movie ni.
Nape ko pejam mata ko Rin ? Ngantuk ke…awal lagi ni…
Ni ler AJK Cenderakenangan merangkap ‘PA’ aku, Mr. Wilson aka Will…hehehehe…