aNgRiAniWoLd DoT CoM

simple life with a crazy thoughts…

Archive for April, 2008

Apr
29

Taggie…pastu jommm makan cake…

Posted by aNgRiAni

Untuk sekian kalinya…i was tagged by this sweet lady…mujur tak susah…so tak yah nak perah² otak bagai…
LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR AND THE REASON Y??-
  • CASH MONEY ~ penting weiiii…nak beli all my needs laaa…
  • Cincin emas putih bertatahkan berlian ~ huhuhuhu…cincin aku itewww dah hilang…waaaaaaaaaaaaaa @nangih
  • Tiket penerbangan+hotel ~ nak jln², nak makan², nak release tension…aku nak travel ke mana ek? psssssttttt!!! @kembar
  • Bungalow ~ interior design bior aku yang uruskan…biler lak agaknya??? @rindu
  • Handbag FENDI ~ kat sini takde….hohohohoho…
Taggie yang seterusnya dari Tuan Cendawan…skrg nie demam taggie ker ek? huhuhuhu… @hah

Peraturannya@Rules
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

* asal aku rasa mcm dah wat jer taggie nie…

  • aku ni friendly and easy going…
  • suka menjahit manik…and aku reti jahit baju kurung…hehehehehe
  • blog lover…sudah terang lagi bersuluh… @sengihnampakgigi
  • memang minat giler² ~ baca novel…
  • soup lover…kwangkwangkwang
  • suka melancong…
  • penyayang…nak pingsan kang En. Mat baca…hohohoho… @guling
Boleh mabuk² dok menjawab taggie² ni tau…hiks…Boleh laa ek kalau tak nak tag kegkawan yg lagi 7 owang tue??? hehehehehe…muaaahhhhssss :eheh: …Semalam lepas dinner…aku ajak En. Mat6 wat sponge cake…hehehehe…terasa nak makan lak…so aku sediakan all the ingredients and campur semua…pastu En. Mat6 lak wat tugas dia…aku minta tlg pukul fresh cream…kemain dia…seronok kot tgk kegebuan fresh cream itewww…sponge cake pun dah masak and aku amik fresh cream…hias cake…best jer rasa…berterbangan segala penat and tension seharian dok kat opis…ala² terapi gitewww…:woooh:
sebelum deko…just sapu dgn fresh cream…setappp cream nie…bole dimakan begitu sajer…
kemain sarat lagik topping cake aku nie…hahahaha…sendiri mau makan lorrr…
errrmmmm…dah siap…jemput makan… @nggaya

~ 2 – 5 Mei ni aku out station lg…kali ni ke Sandakan and Beluran…ada program MOHEX & MOHEX2U…kolej terchenta dilantik sebagai wakil JPPKK, KPTM kat Sabah…hancusss program aku nak dating², makan², jalan², boraks², gelak² Shai, Big Bos MsjBox & isteri…and Kak Combi…gggggrrrrrrrr…geramnyer… :ayokona: :bm: :waaah: @nyerah

Apr
28

Jalan² di hujung minggu

Posted by aNgRiAni

Sabtu lepas aku wat kelas ganti…huhuhu…dari kul 9 pagi hingga 1 petang aku and my students dok dalam bilik kuliah yang panas itewww..boleh masak…bagai dok dalam oven…berjeruk basah dengan peluh masing²…:ayokona: Dah laah tue…students asyik komen cenggini “Puan, panas laaa…basah dah baju kami…”…”Abis kamu ingat saya kesejukkan dok dlm ‘oven’ nie?”…pastu diam jap budak² tue…lepas abis kelas…aku terus masuk opis nak sejukkan badan ..huhuhuhu…kepanasan tahap gaban betul…
Semalam En. Mat6 ajak aku gi Lahad Datu…gi jupe Pak Lang merangkap adik En. Mat6…ipar aku ler…hehehehe…dia baru jer posting ke Sabah rabu lepas….huhuhu…dlm byk² negeri kat malaysia ni, ke Sabah gaks dia…hehehe…En. Mat6 dah ado geng laaa nampaknya…bertolak dr Tawau dalam kul 8.30 pagi…finally kami sampai di kawasan perumahan Pak Lang dalam kul 10.30 pagi…Pak Lang dan kengkawans dia dtg amik kami kat kedai D’Mart…kata dok Taman Aman…memang aman betul taman tue…pondok polis ado tapi berkunci…mangga sikit punyer beso…

Kami dijemput masuk umah bujang Pak Lang yang baru itewww…masuk² jer…aku nak fenin…aroma umah bujang tewww aku betul² tak tahan…asal laaa lagu tu aroma dia??? @pening Rancak tul dorang bersembang…aku nyampuk biler perlu ajer…ahaks…Kakak lak diam seribu bahasa….malu² meowww biler Pak Lang nak dukung ker, nak cium ker…siap sound kat Pak Lang…” I tak kawan you “…auuuwwwww…gelak giler² En. Mat6 and Pak Lang…aduhai anak ibu…asal laser sangat nie…

En. Mat6 & Pak Lang…hehehehe…lebih kurang jer rupa paras dorang erk…

Kakak…hohohoho..stail duduk tewww siket punyer baikkkkkssss…@sengihnampakgigi

Aku : Alang mengajar kat ner kat LD nie?
Pak Lang : Mengajar kat SMK Paris, Kinabatangan…kak…sekolah tu tepi jalan jer…
En. Mat6 : SMK Paris? ooooo…tau²…selalu gak tertengok signboard sekolah tu time balik KK…

Aku : Ok tak sekolah tu?
Pak Lang : Sekolah tu berkongsi bangunan dengan sekolah sendah…bangunan kayu…macam rumah panjang…

Aku : Berapa ramai studentnyer Lang?

Pak Lang : Lebih kurang 600 orang kak…majoriti owang bugis kat situ…kawasan sekolah dikelilingi pokok kelapa sawit….
En. Mat6 : Tak laa ramai mana yer studentnyer…berapa minit dr sini?

Pak Lang : Dalam setengah jam laa…lebih kurang 40 km dari LD.

Aku : Aiyahhhh!!! jauh gak tu Lang..asal tempat tu namanya PARIS? Pedagang dr Perancis penah sampai kat kawasan tu ker?

Pak Lang : Hehehehe…menurut owang² kat situ…PARIS tu berasal dr perkataan
Persatuan Anak Republik Indonesia Sabah
Aku & En. Mat6 : Lorrrrr….hahahahahahaha..
.:ahaha: @guling

~ Sampai kat umah dalam kul 5.00 petang…penat gilosss…penat duduk…tak leh nak tido time dlm keta coz kecian kat En. Mat6…kang layan jiwang sorang²… @jelir

Apr
24

2 – in – 1 Program

Posted by aNgRiAni

Hohohoho… @hah Semalam bersamaan dengan hari Rabu, UBK telah mengadakan program “Prevention is better than cure” untuk pelajar² sem 2 dari jam 8.30 pagi hingga 1 petang…untuk program ini UBK (unit aku ler nie…) telah menjemput AADK & Persatuan Perancangan Keluarga Negeri Sabah. Nak dijadikan cerita…Unit Kursus Pendek telah menjemput aku utk turut serta dalam program kursus pendek di SMK Wallace Bay, Pulau Sebatik…adeiiiii!!! @pening Aku dah pening…program ni clash dengan program UBK gaks…mau atau tidak Gaban kena take over tugas² aku semasa aku berada di Pulau Sebatik……macam jauh bebenor pulau tu ek…time aku bgtau kat Gaban sehari sebelum..dia dah cuak…aikssss…muka pun dah merah…Alhamdulillah…program UBK (tengkiu Gaban…hiks…) berjalan dengan lancar dan sesi ’sembang’² aku dengan pelajar form 3 & 5 juga baekkk punyer… @senyumkenyit
Program “Prevention is better than cure”…pegawai AADK sedang memberi ceramah kepada para pelajar…ok laa juga cara penyampaian tuan penceramah ni…cuma ada pensyarah yg bertanya mcm nie kat aku “Riani, AADK takde penceramah yang lebih mantapsss ker?” aku jawab…”Dah yang nie jer yg AADK ado…susah² sgt ko laaa ganti..”…terus senyap seribu bahasa…
Slot II bersama dengan Persatuan Perancangan Keluarga Negeri Sabah…merupakan satu pertubuhan NGO…memang best tau dorang ni bagi talk pasal “Natijah Seks Sebelum Perkahwinan”…siap ada sketsa lagi…how to say no to sex… @nari
Rakaman sepanjang perjalanan dari jeti ke Pulau Sebatik…teluk ni dikenali sebagai Teluk Wallace…dalam woooo…Pulau Sebatik merupakan pulau yang dikongsi oleh 2 negara…M’sia & Indonesia…menarik kan… @sengihnampakgigi
Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang berada di SMK Wallace Bay… 2 in1 iaitu program motivasi bersama pelajar² form 3 & 5 serta kursus pendek membuat roti…
huhuhu…time balik air laut dah surut…cuba tengok jeti @ batu kat bandar tawau tewww…tu ler jetinyer…seram nengok time air dah surut nie…terpaksa laa tuan punyer bot² tolong untuk memudahkan ayunan langkah aku and rakan²…terpaksa buka kasut weiii…En. Mat6 siap amik gamba aku…bukannya nak tulunnnn…”perghhh!!! hebatlaaa awak lompat dr bot ke bot…terrrer tewww!!! Gulpppp!!! @marah
Perjalanan dari jeti @ batu ke Pulau Sebatik mengambil masa 30 minit sejauh 32 km dengan menaiki speed boat SMK Wallace Bay…mmg laju gilosss…senget² tudung aku…huks…Sampai kat sekolah tu…aku bersyukur sgt…mujur tak posting kat sini…ooopppsss!!! Serba kekurangan kemudahan di sekolah itewwww…bangunan sekolah masih ala² tahun 70an…guna papan dan zink @mata …sedih gak …tapi guru² dan pelajar² sekolah ini best…mesra dan peramah…kekurangan yang dihadapi bukan penghalang untuk maju ke hadapan…perrrggghhh! berfalsafah laks aku…tapi mmg betul…nt kalau ada kengkawans yg mai Tawau…aku akan ajak gi Pulau Sebatik ni…lalalala.. @raya

~ sampai kat kolej…Gaban dtg jupe aku…”Mau dua gelas peluh aku kuor tadi Riani…time majlis penutupan program prevention”…asal pulok??? “Aiyaaahhhh…aku jd MC laaa…telinga aku pun merah tau…”…hahahahaha…2 thumbs up for you Gaban…. @tepuktangan @sengihnampakgigi

Apr
20

Jom Makan²

Posted by aNgRiAni

N3 kali ni aku nak tunjuk gambar² makanan kegemaran aku dan en. Mat6…tidak ketinggalan cik puan muda…Kakak…ahaks…bersedia dengan sapu tangan…kang tak tersedar air liur dah meleleh…@lapar@love :bm:
Sup campur kegemaran en. Mat6 & aku (ayam+daging+perut+urat)…hanya boleh didapati di Kedai Makan Maskur di Merotai Besar, Tawau…tersgt laa sedappp…kalau ada kengkawans yg dtg Tawau…confirm aku bwk makan kat sini…

pergh!!! baru tgk gambar pun dah kembang air liur kan…apatah lg makan dgn nasi putih panas²… @lapar

ikan merah masak sweet sour…pergh!!! merembesss…setapppp sgt…and harganya RM 4.00 ~ 100gm…murah kan…
ni lak udang galah masak steam…ermmmmm…aku makan isi, en. Mat6 makan kaplanyer… @gila


pungkok manuk (ayam) panggang…RM1 satu cucuk…setappppp…hehehehe…:bm:
Kepak ayam panggang…kat sabah panggey sayap ayam…sedap dimakan begitu sajork bersama kuah pencicah…
close-up ciket…yummmmyyyyy…
pisang goreng…pisang kat sabah ni lain ciket dengan pisang di s’jung…sedapppp tau…kalau kat gerai mak aku siap ada sambal pencicah lagi…
kuih ubi kayu+kelapa muda yg diparut…resepi istimewa mak aku…sekali makan nak lagi…
jus buah naga a.k.a dragon fruit…jus faveret en. Mat6…2 gelas pun boleh abis woooo…

~ jommm laa dtg tawau…aku akan bawak ke semua kedai² makan or restaurant yg best kat tawau…eat all you can… @peluk

Apr
20

Majlis Konvokesyen Ke-4

Posted by aNgRiAni

@nggaya@sinchan@ayuk@raya@nari@adil yeahyeahyeah…ni adalah n3 yang ke 100@kembar Alhamdulillah…congrats for myself…hohohoho @rindu BTW, aku nak apdet tentang fenomena bz² yang berlaku sepanjang minggu ini…sehingga nak OL pun tarak sempat…Sepanjang minggu ini beberapa event telah diadakan bermula 17 hingga 18 April, sempena Majlis Konvokesyen Ke-4 kolej terchenta. Adeiiii…bapak penat!!! tak terkata rasanya tahap kesibukan aku sepanjang minggu ini…sampai kul 11 malam masih lagi berada di kolej terhenta…uhuks…tugas² yang telah diamanahkan perlu dilaksanakan dengan baik…yelaah tew…
~ 17 April ~ Sesi pendaftaran para graduat yang dijalankan di pusat sumber…dah daftar baru amik jubah konvo…dengan sapa??? aku ler…ahaks… @sengihnampakgigi
~ 17 April ~ Raptai yang diadakan pada sebelah petang….uhuks…punyer laaa penat…terkejar sana sini aku jadinyer…bersama AJK² yang terlibat @kening
~ 17 April ~ Majlis makan malam pra-konvo…makanan yang disediakan ala² konsep gerai gitewww…ok gaks menu yang dihidangkan…especially soto banjar…nyummm…nyummm @gila sambil itew aku kepenatan coz memantau buku lawatan yang perlu ditandatangani oleh tetamu²… @penat
~ 18 April ~ Majlis Konvokesyen Ke-4 yang telah dilaksanakan di auditorium perpustakaan…aku jd mak andam jap untuk memastikan semua jubah VVIPs dipakai dengan kemas…Perarakan utama ini terdiri drpd VVIPs dan pegawai² kanan kolej terchenta…
~ 18 April ~ Pada malamnyer pula, diadakan majlis Jasamu Dikenang di ballroom Marco Polo Hotel sempena persaraan wajib Tim. Ketua Pengarah SPKK…Pn. Ir. Ashah Bt. Ab. Rahman…sedih gaks coz big boss aku ni humble and baik owangnyer…best and down to earth…
ada ciri² nak ganti big boss tak??? huahuahuahuahua…gelak tersungkur aku nengok gambo nie…@guling time ni nak berarak masuk ke auditorium…sempat lg berposing…hehehehehe… @sengihnampakgigi
Selepas tamat majlis konvo ini…aku balik umah dalam kul 2 petang…terus collapse atas katil…penat yang melampau…dalam kul 5 petang baru tersedar…kelam kelibut bangun terus gi amik Kakak…sampai kat D’Junior…Kakak tanya aku soklan cepu emas…”Ibu, napa mata ibu tew?” huh??? maskara aku dah cair dah…abis hitam bawah mata…malu weiiiiii…En.Mat6 senyum² kamben…asal tak tego tadi??? waaaaaaaaaaa…uhukkkkkssss….@nangih @nyerah


~ this weekend aku nak gi terapi badan yang penat ini ok…ahaks…jommmm… @musik hohoho…

Apr
16

Azroy, Remy & Farouk…

Posted by aNgRiAni

Ku Jejak Jalan Yang Berliku
Membara Jiwa Ku
Memburu Impian
Ku Renang
Lautan Gelora
Biar Pun Tersadai…


Memandangkan En.Mat6 out-station, so aku nak wat n3 khas pasal dia and the gang…
@ayuk Biler dengar dendangan cover version lagu “Memburu Impian”…teringat laks alkisah time mula² aku kerja kat kolej terchenta. Aku tak tau yang ada gelaran² tertentu untuk member² satu ofis ni. Nak dijadikan cerita…lepas main badminton dengan member² ofis, kami semua gi makan kat gerai makan tepi highway kat bandar. Bila dah duduk ramai² riuh rendah ler jadinya. Time tu hanya aku dengan member aku (Ogy) jer pompuan, yang lain semuanya lelaki. Hampir sepuluh orang gak…semuanya single-bingle (time tu ler…). Sembang punyer sembang, terkeluar laa cite pasal filem ‘Gila² Remaja’. Asalnya kalau tak silap diorang cite pasal motor. Bila sebut jer pasal filem tu, semua orang gelak. Aku tengok Ogy, Ogy tengok aku. “Apasal dengan korang ni ?” Pelik jer aku tengok diorang ni. Nak ikut gelak, takut aku. Kang diorang gelakkan aku balik. Aku pun tanya kenapa diorang gelak bila sebut filem ‘Gila² Remaja’ tu. Mizi (bukan nama sebenar..ahaks…) pun bagitau. “Eh…Nor, ko tak tau ker kat sini pun ada Azroy dan Remy ?” Aku pun senyum…yelar tu korang. Nak goreng aku ler tu. “Betul bah…” Aiks…makin kuat pulak diorang gelak. “Hah…sapa laa Azroy dengan Remy tu ?” Tuuuuu…anak mata aku pun ikut arah bibir si Mizi tu. Bulat mata aku dan Ogy tengok si ‘Azroy’ dan ‘Remy’ tu. Aku pun apalagi…gelak lah sampai mengalir air mata. Lawakz gilossss!!! @guling Rupa²nya ‘Azroy’ dan ‘Remy’ tu Tenno dan Joe. Sengih jer diorang berdua tu.

Lepas tu aku pun tanya lak. “Farouknyer mana ?” Kahkahkahkahkahkah…itu lah jawapan diorang. ‘Azroy’ ciplak pun jawab…“Nor, kau nak tau sapa Farouk kan…hahh…tu dia!” Diiringi dengan gelak yang mungkin tiada akhirnya…En. Mat6 tu ‘Farouk’ ???

@gatai@guling @gila Aku dengan Ogy gelak giler²…En. Mat6 boleh tunjuk muka poyo jer. Siap sebut line popular si ‘Farouk’ lagi…“Bak sini gitar tu!!!”. Tak sangka…akhirnya aku lak yang kahwin dengan si ‘Farouk’ tu yer @sengihnampakgigi… Gelaran fofuler tu masih kekal sampai sekarang walaupun masing² dah ada kehidupan sendiri. Aku selalu gak usik dorang dengan nama² tu. Dorang layan jer sambil gelak² macho…especially si Joe. Tambahan pula sekarang ni lagu “Memburu Impian” versi geng Kristal meletopsss². Lagi ler menggamit kenangan… @rindu

‘Farouk’ dan ‘Azroy’…motor scram korang mana???… @sengihnampakgigi

ni laks ‘Farouk’ bersama ‘Remy’…dorang tak gaduh² mcm dlm filem tu yer…harap maklum… @jelir

Bezakan ghope En. Mat6 dulu dan kini…yg paling ketara ialah…PJKPerut Jatuh Ke-depan…uhuks…@jelir

~ esok aku takde kuliah…so bole concentrate dengan persiapan majlis konvo jumaat nie… @penat
Apr
14

Bayar Hutang…ngeee…ngeee…

Posted by aNgRiAni

Bukan nak bayar hutang kat Along tau!!! @jelir nak bayar hutang tagged mentagged laaa weiii…aku…ikut ati peyut memang nak jawab on the dot…tapi kerana kesibukan tahap dewa…ahaks…aku postpone all the taggies…so, dengan semangat yang sungguh berkobar² pada malam ini…@sengihnampakgigi…terima laaaa…
1ѕt Taggie

Love Chain ~ From Mummy of Two Lovely Apples

This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!

Do not delete any of the links and be honest to yourself! =p

BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava’s Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, Next

The lucky 10 5 person I am going to tag is@love :

=================================

2nd Taggie ~ From Mama Tomeyyy@ayuk

Taggie ni nak sangat aku tunjuk ghope isi dalam peti ais aku…Kreatif betoiiii kan…tapi yang teruknya aku ler…apa taknya…dah laa aku baru balik ke home sweet home aku teww lepas seminggu bercuti² m’sia…haruslah peti ais aku tu tantekkk sungguh ghopenyer erk…naaahhhh…tengok laaa sepuas puas²nya…ahaks…@sengihnampakgigi

aku nak tengok isi dalam peti ais Mummy Tomeyyy yang terrer masak ni…yehaaaa… @ngiler

=================================

3rd Taggie ~ From Budak Octa itew… @sinchan

Fitri…ni ler 5 perkara yang pertama kali berlaku dalam hidup akak… (takda kena mengena dgn yg telah pergi) @takbole …uhuks…engko wat akak fenin² laa dik… @pening
  • Dapat lesen memandu time umur aku dah lanjut…ekekekeke…kira lewat gak tu…umur 25 tahun…hiks…
  • Pertama kali dalam hidup aku kena serang ala² drama Rita Rudaini dan Lisdawati itew…cuma takde swimming pool ajor…apa kesah tewww? panjang lorrr…
  • Bloghopping since August 2007…until now lerrr…
  • Beli laptop yang menjadi kesayangan Jun tahun lepas…hadiah dr chenta ati aku lerrr…tehehehehehe…
  • Jupe blogger fofuler iaitu Kak Combi…januari lepas…time aku gi regis adik yang masuk poli…berdebar bukan men lagi…and kemesraan iteww berkekalan hingga kini…muaaaahhhsss… @nari
ermmmm…aku nak tagged Mummy Tomeyyy dan Pelik Tapi Benar…love uolllsss…


~ adeiiii…parah aku…dok menjawab semua taggies itewww…nak gi minum 100 plus jap…jommm….
@kembar