22
Majlis Berbuka Puasa
Hari ni aku & Geng Tawau Bloggers ada jemputan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan di Tawau Seafood. Waaaa bukan main sonok lagi bila dapat jemputan ni. Kitaorang dapat jemputan ni last week lagi…banyak laaa perbincangan/sumbang saran secara on9 di blog Maya. Nak pakai baju apa, nak gi pukul berapa, iye ker kena jemput ni, nak sembang topik apa dengan YB Datuk…and so on la. First time laaa katakan…so ada sikit ‘kesakaian’
. Majlis dijangka akan bermula pada jam 5 petang. So kena gi awal and sapa yg awal sampai, tunggu kengkawans lain. Aku memang nak pakai baju kurung jer (malas nak tuko²)…lepas abis waktu pejabat, terus gi sini. En. Mat6 tak ikut sebab nak gi amik Kakak kat D’Junior.
Ini laaa suasana semasa berada di restoran Tawau Seafood. Actually, restoran ni baru jer buka…Sebelum ni tempat dikenali sebagai Ming Court. Sambil² menunggu majlis bermula, harusla berposing dulu ok…acara tidak rasmi tu
. Ada gaks beberapa jemputan yang macam pelik jer nengok kami ada kat situ…agaknya dorang dok teka-meneka kami ni dari jabatan kerajaan @ negeri yang mana satu. Sambil² dok menunggu tu, DJ TawauFM iaitu Mr. Sugiman datang ke meja kami. Ingatkan nak interview atau berkenalan dengan Geng Tawau Bloggers (wow..aku dah PERASAN)
. Sekali tu nak rekod ucapan Selamat Hari Raya. Hohohohoho masing² tunjuk owang ni, owang tu. Lastly, aku angkat tangan…terus bagi ucapan…wakakakakakaka…ni kali kedua bagi ucapan untuk ‘on air’ di radio TawauFM. Mak bukan giler glam ok
…dah takde yang sukarela…so aku paksarela jer… ![]()
Ni ler YB Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan yang sangat humble & down to earth…mesra and softspoken. Takde laaa rasa dok kat restoran tu macam outcast. Sebenarnya, sebelum ni aku pernah bertemu dengan YB Datuk semasa beliau menjadi tetamu kehormat bagi majlis konvokesyen ke-4 kolej terchenta pada bulan April yang lalu. Cuma kali ini rasanya lebih dekat dengan suasana yang santai dan informal. Takde protokol bagai…Ucaptama yang disampaikan pun cukup bermakna dan berkaitan dengan kehidupan kita sebagai umat Islam…Salah satu yang berkesan di hati aku ialah…puasa mengajar manusia untuk sentiasa bersatu dalam satu jemaah. Datang awal atau lambat, kita tetap berbuka puasa bersama² mengikut waktu yang telah ditetapkan. Dalam maksudnya kan..tambahan pula dengan suasana semasa yang berlaku di negara kita sekarang. Di samping itu, YB Datuk juga mengalu²kan kedatangan Geng Tawau Bloggers ke majlis ni…waaaa kembang lobang idong masing²
.
Tengok gambar kat atas tu pun dah terliur
apatah lagi kalau menikmatinya keenakkannya…
Sangat sedap ok…sampai ada yang tak larat nak makan dah. Lepas berbuka puasa, majlis berehat sebentar untuk solat maghrib berjemaah. Pihak restoran telah menyediakan satu ruangan di atas untuk bersolat. Aku gi atas untuk solat maghrib dengan Nana, kakak Adry. Lepas tu, baru laaa acara makan² yang sebenar bermula…ekekekeke…sangat setap and best!
Lepas acara makan², YB Datuk menyampaikan cenderahati kepada semua tetamu yang hadir…Syukur Alhamdulillah…Sambil² tu kad jemputan ke rumah terbuka YB Datuk pada 4 Okt ni diedarkan oleh pembantu beliau. Owner restoran Tawau Seafood ni ialah En. Rahim dan isteri, Pn. Rahimah. Yang berbaju melayu biru tu laaa En. Rahim dan comel tu laa Pn. Rahimah…shantek owangnya
. Time kasih YB Datuk…![]()
Kalau ada sumur di ladang, Boleh kami menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Tahun depan jemputlah lagi…LoLz ![]()










macam formal jer majlis berbuka puasa ni akak..
axims last blog post..You Raised Me UP…to more than i can Be.
Reply
angriani
reply on September 23rd, 2008 7:57 pm:
tak formal laaa axim..besa jer…


YB Datuk siap tunggu tetamu depan main entrance
Reply
tak ajk pun.. keh keh
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 7:58 pm:
hiks…next time kita ajak yer
jgn nanes
Reply
[...] RELATED POST : PUTERI EZZA, ANGRIANIWORLD [...]
Yeayyyy! Begitu pantas kita ngapdet entri ini



Puteri Ezzas last blog post..Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Datuk Haji Tawfiq Meriah
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 7:59 pm:
bersemangat bah ezza
hihihihihi
mau kasi tunjuk itu makanan
Reply
Go go Tawau Bloggers!! hahahaha
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:00 pm:
yezzaaaa…
go go go..Tawau Bloggers
Reply
wahhh happening kamu sis.
rugi aku dakdapat ikut
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:01 pm:
tu laaa pasal bah romzi
selalu jak ada halangan ko kan :s
Reply
Mantapsss
Puteri Ezzas last blog post..Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Datuk Haji Tawfiq Meriah
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:01 pm:
yupssss…

especially tang makanannya
Reply
saya pun sudah apdet pasal kemarin… ya rugi sapa x ikut.. ada hadiah ooo
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:02 pm:
a’aah kan budi..byk bah buahtangan
keberatan membawanya
Reply
mmg wrong timing ni masuk sini, time lapar ngam ngam nampak makanan lagi lapar..meriah, sangat meriah XD
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:03 pm:
hehehehe…
massy, itu makan bikin cuci mata bah
tapi mmg sedap…menggoda bah kan
Reply
wah wah wah….cayalah Tawau Bloggers…
akusapes last blog post..Aidilfitri Menjelang Lagi…
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:05 pm:
thanks buddy
Reply
pjgnya nama YB tu
lily lotuss last blog post..suasana raya
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:06 pm:
yer ker…yang panjang tu gelaran jer

Reply
sis kirim username, password dan nama penuh blog tawaubloggers.com sudah siap mo add admin
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:06 pm:
ok nanti sis kirim ya romzi
tengkiu
Reply
Si Romzi kesian.. bah nanti kita atur sungkai sama2 ko bah… kasi tau ja bila ko free, kami turun.
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:08 pm:
ya bah maya

selalu jak dia ketinggalan
Reply
Tajuk majlisnya… Majlis berbuka puasa bersama Romzi & Orang birthday bulan 9
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:11 pm:
ok gak tu maya

pastu buat pulak majlis open house bersama org bestday bulan 10
Reply
wahhh… aktif sungguh blogger di Tawau, semakin femes plak tu… bagus lerr…. dah ada community macam ni, kena ada visi dan misi yg memberi faedah kepada semua…
ikan kukus tu nampak lazatttt!!!!!!!!!
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:12 pm:
ekekekeke.takdelah femes sagt bro

betul tu…kena ada visi dan misi
nanti riani panjangkan hal ni kat admin
mmg lazat bro !!!

Reply
huih, best best best
mYshahs last blog post..last update on majlis berbuka sesame blogger ppukm
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:13 pm:
memang best shah

Reply
ya ampun… sedap betul makanan tu!
Tawau Bloggers aktif betul oh! Best… Kenapa KK bloggers indada ar?
hihihi…
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:14 pm:
ya dany

memang sedap betul
kalau tgk gambar pun terliur bah
Reply
wahh sgt ideal laa
rahim & rahimah..
mcm artis ooooo mrs dia..nmpk mudoooo gitu
walopun toke restoran tp dia slim giler laa.. tak aci tol laa
combis last blog post..nak test korang bah…
Reply
aNgRiAni
reply on September 23rd, 2008 8:15 pm:
a’aah kak..mcm model pun ada


body dia shantek
bertuah suami dia tau
tu laa pasal…kita yg pelanggan ni laks…gebu
Reply
Puan Rahimah, pemilik restoran tu pernah jadi Miss Malaysia/Universe mewakili Malaysia ke Miss World Pageant di Afrika Selatan, tapi ndak ingat pula tahun nya….
Reply
Maya
reply on September 24th, 2008 10:46 am:
Haaaaa
Biar betul ko ni kanta…
Ini sudah big feature story ni…
Laman tengah ni.. colour ni…
kalau betullahhh…
p/s: kanta ni cam kenallah… baik ko akun awal2 ko sapa…
Reply
aNgRiAni
reply on September 24th, 2008 8:09 pm:
a’aah maya
betul tu cakap si kanta
memang puan rahimah tu bekas beauty pagent
Miss Malaysia 1994 yang mewakili negara ke Miss World
Beliau dapat masuk top ten…sama2 Aiswarya Rai lagi tu
tapi Asiwarya yang dapat gelaran Miss World 1994
thats why muka puan ni mcm familiar kan
Reply
amboi seronok nya dapat berbuka dengan VIP..
zinos last blog post..dah dapat kad ke? hehe
Reply
aNgRiAni
reply on September 24th, 2008 8:09 pm:
a’aah…makanan pun best
Reply
pergh dasat gile tawau bloggers ni… hohoho tp apsal sume blog post gambar yg sama je.. hoohh
Reply
aNgRiAni
reply on September 24th, 2008 8:10 pm:
sebab dari kamera yang sama
Reply
wah memang mantaps ni.. bak kata Ezzah..
“
ermmm tak ajak pun Geng Selatan. he he..
bagus cara Riani buka.. jamah sikit.. pastu solat..
dan pastu pulun jgn tak pulun.. he he
Reply
angriani
reply on September 25th, 2008 8:06 pm:
hihihihihi…memang pulun lepas solat maghrib..

tapi takde laaa sampai melantak
angrianis last blog post..Majlis Berbuka Puasa
Reply
apa masakan special kat tawau ek. hehe
KNizams last blog post..Destinasi Bajet @ 8TV | Season 2 Episode 12 – KOTA KINABALU !
Reply
angriani
reply on September 25th, 2008 8:07 pm:
Nasi kuning, soto banjar, sup maskur
sup rusa…banyak…kalau nak tau datang laa sini
angrianis last blog post..Majlis Berbuka Puasa
Reply
Ezza juga yang paling tinggi dalam gambar di atas tu ya. Hikhik

Reply
angriani
reply on September 26th, 2008 9:25 pm:
ahaksss…yelaaaaaa
baru perasan…
angrianis last blog post..Balik Kampung
Reply
Riani, Puan Rahimah tu memang model. Pernah kuar TV bah tu…
Reply
angriani
reply on September 26th, 2008 9:25 pm:
yups…bekas Miss Malaysia 1994
patutlaa tantek
Reply
huhu. lapar lak diya pagi2 buta nengok gambar makanan tu kak oiii.
p/s-samat hari raya kak. mohon maaf klw ada slh silap ye
diyas last blog post..D131 : Just Proud To Be Yourself
Reply
angriani
reply on September 26th, 2008 9:26 pm:
hehehehe…jgn tergoda ya diya

Selamat hari raya…akak pun sama yer
Reply
Tawau Bloggers banyaknya aktiviti makan2 kamu.. hahahaha… letak slogan.. Tawau Bloggers-Ke Arah Kekenyangan Berpanjangan … jeles aku
”
Ajs last blog post..Malay Aidilfitri Mp3 Download For All (Lagu Raya Free)
Reply
angriani
reply on September 26th, 2008 9:27 pm:
adeiiii…pasni aku mau diet bah AJ

ganaz tul kalau itu slogannya
angrianis last blog post..Balik Kampung
Reply
Owhh.. makanan itu membuatkan Wan.. arrrrrrrhhhhhhhhhhhhhhhggghh di tengahari ini!!! Wan dah cuti kak!!
Reply
angriani
reply on September 26th, 2008 9:27 pm:
wannnnnnnnnnnnn

jgn tergode ok
akak pun dah start cuti
angrianis last blog post..Balik Kampung
Reply
mak aiii gambo udang tuh..

Niklis last blog post..Salam Aidilfitri..
Reply
ai………….
en.mat6……
xx se klik kg ko………..wak klik anok 2………
Reply
mencari seseorang toke di tawau
Reply
salam kenal . baguss
Reply
Add A Comment