28
Menunggu hari…:)
Sejak rabu lepas lagi aku & En. Mat6 dah start keja macam besa…tapi sunyinya kat opis nun coz ramai yang bercuti sempena Syawal kan. Hanya ada beberapa orang staf yang tak balik bercuti turun jaga opis
. Tapi ari ni dah back to normal walaupun masih ada yang bercuti…students pun dah berkuliah macam besa.
Minggu lepas, banyak gak umah rakan sekerja yang aku gi…biar pun tak balik kampung beraya, kemeriahan tu tetap ada tau. Mama dan Cik Anniey datang umah pada hari raya ketiga. Gembira gilak aku…siap minta mak aku buatkan buras
. Sempat gak jamu kawan² opis yang datang umah dengan buras dan ayam masak lengkuas. Sempat bawa mama dan Cik Anniey beraya kat umah kawan² yang dok kat Tawau ni. Siap gi kenduri kawen lagi tu…sampai aku dah tak larat nak mamam..just makan dessert yang disediakan jer. Takut lain jadiknya kang
. Tapi yang pasti memang meriah. Mama balik jumaat malam…tapi Cik Anniey stay kat sini…suka sangat laaa dia
…Kakak lagi laa suka…ada teman bermain dan bergaduh
.
Insya Allah… jumaat ni kandungan aku akan genap 39 minggu. Kalau ikut tarikh EDD (due date) bersalin dalam 8 Oktober ni…berdebar gak rasanya sebab lepas 4 tahun baru mengandung semulakan…sampai ada member yang tanya aku macam ni “Riani, ko masih ingat ke macam mana sign of labour ?” hehehehehe aku angguk jer…tapi dalam hati betapa cuaknya aku, hanya Allah yang Maha Mengetahui…Walaupun dah pernah bersalin, tapi rasa takut, berdebar dan cuak tetap ado…tapi En. Mat6 selalu tenangkan aku
.
Sejak dua tiga hari lepas aku dah kerap sakit kat pinggang…rasa sengal² dan lenguh. Tapi rasa sakit tu kejap² laaa…perut lak dah start nak memulas²…ala² nak senggugut. Alhamdulillah, setiap malam En. Mat6 akan sapu minyak kayu putih kat pinggang sambil urut…soft laaa
. Sekarang ni pun dah banyak malam aku tak leh nak tidur lena…kerap terjaga and kerap buang air kecik
. Kejap mengiring sebelah kanan, kejap mengiring sebelah kiri lak. Insya Allah…semua itu aku hadapi dengan tenang dan sabar…
.
Sambil² menunggu ari ni, aku cuba siapkan semua kerja² kat opis nun…nota kuliah, assignment students, kuiz dan sebagainya aku cuba settlekan sebelum bercuti. Kesian kang kat pensyarah pembantu yang akan take over kelas aku sepanjang maternity leave nanti. Sambil² tu kena get ready gak kalau ada kerja ad-hoc yang perlu disiapkan on the dot.
Insya Allah…kalau ada perkembangan terkini akan aku apdetkan di sini yer…hehehehe
. Semoga proses bersalin nanti dapat aku tempuhi dengan sabar dan tenang…semoga semuanya selamat
. Insya Allah…



selamat hari raya….
Reply
aNgRiAni
reply on October 1st, 2009 11:27 am:
Selamat Hari Raya
Reply
update berita terkini ye…. nk tgok pic baby

aduhai…dah 10thn tak beranak ni
Kujie´s last blog ..Hello, are you there?
Reply
selamat menghitung hari yer..semoga semuanya selamat..amin
Reply
rgrds/
adib
Reply
huhu.. tarik nafas dalam2 kak nur. dh ada signs of labour dengarnya tu. huhu.. kitorang sekuarga doakan akak dgn baby selamat, moga2 lancar n senang melahirkan ank nanti. amiiin..
zachoes´s last blog ..Selamat Hari Raya in Advance
Reply
Salam… selamat hari raya… wahhh mau ada org baru lagi… Alhamdulillah
Reply
selamat menyambut orang baru ye kak
/
Reply
Salam Riani…
Dah bersalin ke belum ni? Senyap je…
Nanti jgn lupa tayang gambar baby ye! Mesti comey macam Riani.
Semoga Allah permudahkan segalanya. Selamat dan sihat bg kedua ibu dan anak.
InsyaAllah…
suara´s last blog ..Doa wanita…
Reply
menghitung hari ( Kris Dayanti)
Reply
Selamat Riani.. dah ada update berita terkini ka? Seharusnya sudah ya..
Reply
Add A Comment