Sep
24
24
Al-Fatihah…Nurin Jazlin Jazimin
Posted by aNgRiAni
17 September yang lalu, negara kita dikejutkan dengan berita mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama. Setelah ujian forensik dilakukan, ternyata mayat kanak-kanak tersebut ialah adik Nurin Jazlin Jazimin yang telah hilang sejak 20 Ogos yang lalu. Hiba dan pilunya hati ibu bapa arwah Nurin hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Berat mata memandang, berat lagi bahu yaang memikul. Kisah ini begitu menyentuh hati kerana sebagai seorang ibu yang juga mempunyai seorang anak perempuan, secara tidak langsung mengingatkan diri saya supaya sentiasa berhati-hati. Masih bolehkah kita klasifikasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman damai ? Tepuk dada tanyalah Iman….
Di kala negara kita masih dalam suasana meraihkan 50 tahun kemerdekaan, terdetik di hati saya…mengapa keadaan ini berlaku ? Adakah sebilangan kecil rakyat negara ini sudah hilang nilai-nilai insaniah dalam diri ? Penderitaan dan kesengsaraan arwah Nurin sebelum pergi amat menyedihkan. Semoga semoga rohnya aman dan tenang di sisi allah….Al-Fatihah…

Add A Comment